Emmanuel Part 3


Sudah beberapa hari Emmanuel jatuh sakit sejak peristiwa dia bertemu dengan wanita misteri itu. Semenjak kecil sehingga dewasa, tidak pernah sekalipun dia jatuh sakit. Itulah yang menghairankan kedua orangtuanya. Semasa tidurnya dia akan mengigau menyebut sesuatu yang tidak dapat difahami. Bahkan dia begitu sukar untuk bangun, untuk ke bilik air pun terpaksa dipapah oleh ayahnya. Ayahnya bercadang membawanya ke klinik berdekatan tetapi dia berdegil enggan pergi.
Teman-temannya sentiasa datang menjenguknya lebih-lebih lagi Mirda yang begitu risau dengan keadaannya sehingga sanggup untuk menemaninya sepanjang dia jatuh sakit.
Pada suatu pagi semasa ayahnya ingin menjenguk keadaannya, dia terkejut melihat seperti ada aliran elektrik terpercik di tubuh Emmanuel. Ketika itu Emmanuel masih belum sedar. Perkara itu berlaku beberapa saat. Dia menceritakan hal itu kepada Lisa. Lisa bergegas mendapatkan Emmanuel lalu mengelap tubuh Emmanuel yang panas itu.
Selepas seminggu menderita sakit, keadaannya semakin pulih. Dia sudah dapat bangun tetapi masih terasa sakit-sakit seluruh tubuhnya. Keesokan harinya, dia bangun seperti biasa seolah-olah tidak mengidap sakit sebelum ini. Keadaannya begitu segar dan bertenaga. Semasa bersarapan bersama di dapur, dia bersiul kegembiraan membuat kedua ibu dan ayahnya hairan melihatnya. Dia pula tidak mengendahkan keduanya kehairanan melihat gelagat lucunya itu. " Apa mimpi yang membuat kamu begitu gembira anakku?" tanya ayahnya. Dia cuma tersenyum memandang ayah dan ibunya. Tiba-tiba ibunya terpandang tanda di pergelangan tangan kanan Emmanuel lalu memegang tangannya sambil memerhati ukiran tanda itu. "Bila masa kamu buat tatoo ni?" tanya ibunya. " Tatoo apanya ibu?" tanyanya pula. "Ni .." ibunya menunjukkan tanda di pergelangan tangannya. Ayahnya pun turut memerhati tanda itu. " Entah...bila pula benda ni ada di sini?" dia kehairanan lalu cuba menggosok-gosok tanda itu dengan harapan ia hilang. Ibunya teringatkan ukiran tanda itu serupa dengan ukiran rantai yang ditemui semasa Emmanuel dijumpai dahulu. Cuma yang ini berbentuk seperti gelang tangan dan ukiran adalah serupa dengan rantai tersebut. Kedua-dua mereka saling berpandangan , berkemungkinan mempunyai andaian yang sama, kemungkinan tanda ini yang menyebabkannya sakit selama seminggu dan tubuhnya kini sudah serasi dengannya. Jadi mereka berdua tidak mahu memanjangkan perkara itu.
Seperti biasa Emmanuel meneruskan pergaulan dengan temannya yang telah seminggu tidak dilaluinya disebabkan dia dalam keadaan uzur. Pada hujung minggu, dia mengajak teman-temannya bersantai memancing di sebuah tasik yang agak besar di pinggir kota. Memancing merupakan hobinya selain daripada bermain game. Pernah sekali dia dengan ayahnya pergi memancing sehingga tidak sedar hari sudah lewat senja kerana terlalu asyik memancing.
Seperti yang dirancang, Emmanuel bersama teman-temannya bergerak menuju ke tempat yang dikenalpasti. Setibanya di situ, merekapun memulakan aktiviti memancing.


Masing-masing mencari tempat yang strategik dan terlindung dari panas matahari. Bekalan untuk seharian sudah disediakan khas.


Aktiviti memancing ini selain meluangkan masa, ia menenangkan fikiran dan memberi ilham. Sebab itu Emmanuel sering mengikuti ayahnya memancing di hujung minggu sekiranya mereka tiada aktiviti lain.


Semasa sedang asyik memancing, Emmanuel terlihat sesuatu yang anih di langit di hujung tasik itu. Dia melihat seolah-olah ada lorong di sebalik awan. Dia berkata kepada Mirda yang berada di sebelahnya. " Mirda, cuba lihat di hujung langit sana. Adakah kamu melihat seperti lorong di situ?". Mirda memerhati tetapi tidak melihat apa-apa. Dia cuma melihat gumpulan awan. Lalu dia berkata, "Tiada apa-apa pun ku lihat." Emmanuel menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sememangnya dia melihat dengan nyata sebuah lorong di sebalik awan itu. Mungkin temannya tidak dapat melihat benda yang di luar keupayaan mereka.


Sambil memancing, dia terus memerhati lorong di sebalik awan itu. Dengan memfokuskan penglihatannya, dia dapat melihat dengan jelas sememang itu adalah sebuah lorong yang besar di sebalik awan. Tidak lama selepas itu, lorong itu hilang dari pandangannya yang kelihatan cuma awan.
Mereka meneruskan aktiviti mereka sehingga lewat petang.
Pada malam itu, dia asyik memikirkan apa yang dilihatnya di tasik tadi. Keadaan lorong yang jelas dengan dindingnya yang tinggi seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu kepadanya. Semakin lama, matanya semakin berat dan akhirnya dia terlelap.....

Comments

Popular Posts