Emmanuel Part 5
Di dunia berasingan, Jerome berjalan mundar-mandir di hujung kediaman mereka. Isterinya Munna perlahan-lahan menghampirinya lalu bertanya," Apakah yang merunsingkanmu suamiku?". Jerome berhenti seketika lalu berkata,"Bagaimana keadaan anak kita Yaohan, isteriku?" Pertama kali dia bertanya tentang anaknya. Selama ini dia sibuk dengan urusan daerah mereka. Munna lalu melabuhkan punggungnya di bangku. "Semasa aku menatap wajahnya, rupanya saling tak tumpah sepertimu suamiku. Gagah dan tampan. Aku ingin menjelmakan diriku yang sebenarnya di depannya dan mendakapnya tapi aku terfikir ini belum masanya untuk dia mengetahui keadaan kita sebenarnya," Jerome diam sejenak. "Ya. Biarkan dia sendiri mengetahuinya. Masanya belum tiba untuk menjemputnya kembali." ujarnya.
"Dia sudah mengenaliku dan sudah tahu asal-usulnya. Kristal yang kutanam di sana telah ditemuinya. Ini bermakna dia sudah dapat melihat dengan kuasanya walaupun aku tidak memberitahunya tentang kristal itu," ujar Munna. Dia sebenarnya berasa senang kerana anaknya telah menguasai salah satu kuasa yang ada padanya. "Aku dapat merasakan dia akan cuba berhubung dengan kita menerusi kristal itu", ujarnya lagi. Jerome turut merasa bangga bila mendapat tahu anaknya itu memperoleh kristal itu tanpa bantuan ibunya Munna.
Sementara di rumah Emmanuel pula berbaring sambil memegang kristal yang dijumpainya itu. Mengamatinya sambil mencuba bercakap dengan kristal itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Dia cuba memfokus fikiran ke kristal itu namun tidak juga berhasil menemukan apa-apa. Dia buntu namun masih menggenggam kristal itu. Tiba-tiba kristal itu menjadi hangat dan bersinar-sinar. Dia membelek-beleknya namun tiada juga tindak-balas dari kristal itu tapi kristal itu terus bersinar.
Di dunia sebelah pula tiba-tiba Jerome dan Munna dikejutkan oleh sinaran batu kristal di tengah kediaman mereka menandakan ada komunikasi antara kristal berlaku. Kedua-duanya bergegas ke arah kristal besar yang berada di tengah kediaman mereka. Di situ mereka melihat anak mereka Yaohan iaitu nama asal Emmanuel, sedang berada di hadapan mereka kerana dia sedang memegang kristal ketika itu. Keduanya berpelukan kegembiraan melihat anak mereka sudah kelihatan di depan mata mereka. Mereka berdua cuma tersenyum memerhati gelagat anak mereka.
Emmanuel pula terus-menerus memerhati kristal itu yang mungkin ada petanda yang tersembunyi. Lama-kelamaan cahaya dari kristal itu mula malap dan akhirnya hilang. Timbul ideanya ingin kembali ke tasik tempat dia memancing untuk menguji kristal itu kerana pada hari itu dia melihat ada lorong besar di langit di situ. Mungkin kristal itu dapat menunjukkan jalan ke lorong yang dilihatnya itu. Dan mungkin itu jawapan kepada persoalan dari mana asalnya yang sebenarnya.
Seperti yang dirancang, pada hari itu dia memberitahu kedua orangtuanya yang dia ingin keluar. Orangtuanya tidak kisah ke mana dia pergi kerana beranggapan bahawa dia sudah tahu menjaga dirinya dan berpesan agar dia sentiasa berhati-hati dengan apa yang dilakukannya. Ini kerana mereka tahu yang dia belum menguasai sepenuhnya kelebihan yang ada padanya. Batu kristal yang dijumpainya juga belum diberitahunya kepada keduanya.
Setelah selesai bersarapan, dia menyarung jeketnya serta mengambil helmet lalu melangkah keluar rumah. Kedengaran dia menghidupkan motosikalnya menuju ke tasik itu.
Suasana pagi itu sungguh nyaman untuk bersantai. Keadaan langit yang cerah dan berangin menghidupkan lagi suasana yang indah di ketika itu.
Setelah melalui perjalanan yang menenangkan fikiran, tibalah dia di pinggir tasik yang ditujuinya lalu meletakkan motosikalnya di bawah sepohon pokok. Dia menyandar di bawah pohon sambil memegang kristal tersebut lalu melihat ke arah langit menerusi kristal itu. Tidak berlaku apa-apa yang diharapkannya. Berbagai cara digunakannya agar kristal itu bercahaya seperti malam sebelum itu. Ketika dia hampir berputus asa, tiba-tiba kristal itu hilang dari pandangannya. Ini menyebabkannya panik! Bagaimana mungkin tiba-tiba kristal yang dipegangnya tiba-tiba lesap dari genggamannya. Dia semakin bingung dengan kejadian itu. Bila tangan kirinya mengurut tangan kanan yang memegang kristal tadi, dia merasa hangat berbeza dengan tapak tangannya yang di sebelah kiri. Dia memegang tangan kanannya dengan agak lama, tiba-tiba kristal itu muncul semula di tapak tangan kanannya. Bila hujung kristal itu bersentuhan dengan tanda seperti gelang di tangan kanannya, kristal itu hilang semula. Dia mengulangi apa yang dilakukannya sebelum ini maka sahlah bahawa kristal itu cuma hilang dari pandangannya bila ia bersentuhan dengan tanda gelang di tangannya. Ia akan muncul semula bila dia memegang tangan kanannya beberapa detik. Barulah dia mengetahui cara merahsiakan kristal itu daripada diketahui orang. Dia masih belum berpuas hati lagi selagi belum nampak pintu lorong yang dilihatnya sebelum ini. Masa terus berlalu tanpa memberi apa-apa petunjuk baru kepadanya.
Senja berlabuh namun tiada petunjuk yang diperolehinya setakat ini. Lalu dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Kali ini dia sekadar menyentuh kristal itu di tangan kanannya dan membiarkannya di situ. Dengan serta-merta kristal itu pun hilang dari genggamannya
Dia meninggalkan tempat itu dan akan kembali lagi selagi belum mendapat petunjuk. Mungkin ibunya tidak berada di situ fikirnya untuk memyedapkan hatinya.
Sampai di rumah, ibu angkatnya sudah menyediakan makan malam untuk mereka. Dia segera membersihkan dirinya dan terus makan bersama. Pada malam itu dia masuk awal ke biliknya. Dia memberitahu ibu dan ayahnya dia hendak berehat di biliknya. Sambil berbaring, dia memegang tangan kanannya dan beberapa detik kemudian kristal itu muncul semula. Lalu digenggamnya kristal itu dengan harapan ada petanda baru muncul. Dia mula merasai ada kehangatan dan kristal itu mula bercahaya. Dia mengamati semua permukaan kristal itu dengan kuasa pandangan matanya. Pada masa itu dia ternampak seperti ada ruang di dalam kristal itu. Ruang yang cukup besar seperti ruang tamu sebuah rumah. Kelihatan seperti ada dua orang sedang berbicara di situ namun tidak berapa jelas kerana kelihatan jauh dan kabur.
Di sudut sebelah sana, ibu dan ayah kandungnya mengetahui yang Yaohan atau Emmmanuel sedang memerhati mereka berdua. Sinaran dari batu kristal di ruang tamu mereka amat terang sekiranya terdapat komunikasi. Itulah sebabnya mereka berdua membiarkannya melihat keadaan sekitar di situ mengikut kemampuannya sekarang. Kemampuannya yang sebenar belum lagi teruji. Wajah Yaohan kelihatan jelas dari sudut pandangan Jerome dan Munna kerana batu kristal di situ bersais besar. Mereka berdua melihat Yaohan dengan jelas seperti melihat di cermin.
Berbalik pada Emmanuel, dia cuba memfokus pandangannya pada kedua orang yang dilihatnya. Si wanita itu memang tidak salah lagi sememangnya ibu kandungnya bila dia memerhati gaya rambutnya dan lelaki yang berada di sampingnya, dia tidak mengenalinya. Mungkinkah itu ayahnya?
Wanita yang dianggapnya ibu itu berjalan ke arahnya diikuti lelaki itu. Ketika berada di depannya, baru dia betul-betul mengecam wajah wanita yang sememangnya ibu kandungnya dan lelaki itu pula sudah pasti ayahnya. Ibunya kelihatan memegang sebiji epal lalu ditiup ke arahnya. Si lelaki itu pula menunjukkan isyarat jangan bising dengan meletakkan hujung jari ke mulutnya. Tiba-tiba sebiji epal muncul di depannya lalu ibunya memberi isyarat menyuruhnya memakan epal itu lalu Emmanuel tanpa berlengah terus cuba mengunyahnya tetapi seperti yang berlaku sebelum ini epal itu bertukar menjadi asap lalu masuk ke mulutnya. Terasa dia sudah merasai keenakan epal itu sambil dia tersenyum kepada kedua ibu dan ayah kandungnya itu. Mereka berdua juga membalas senyumannya dan cahaya kristal itu semakin malap dan akhirnya hilang. Emmanuel masih juga tersenyum sendirian lalu meletakkan kristal itu pada tangannya lalu lesap.
Seekor kuda terbang ke arahnya, semakin merapatinya lalu menggesel-gesel kepala seperti meminta Emmanuel menggosok-gosoknya. Kuda itu begitu jinak walaupun itu kali pertama dia melihat kuda berkenaan. Kuda itu seperti menyuruhnya menunggangnya tetapi Emmanuel keberatan kerana dia belum pernah menunggang kuda sebelum ini. Dia menjangkakan kuda itu dikirim oleh kedua ibu dan ayahnya dari dunia sebelah. Dia mula membelai-belai kuda itu dan mendapati sayapnya sudah tiada. Ia sudah menjadi kuda biasa yang ada di bumi ini.
Tidak ada yang istimewanya pada kuda itu. Tapi tadi ia dapat terbang. Kuda itu asyik menolak-nolaknya seperti menyuruhnya menunggangnya. Lalu dia terfikir mungkin inikah caranya untuk ke tempat asal-usulnya. Lalu dia cuba melompat naik tetapi jatuh ke sebelah. Berulang kali juga dia mencuba akhirnya berjaya juga menunggangnya. Kuda itu mula berlari ketika itu juga Emmanuel terjatuh lagi. Ketika dia cuba bangun, kelihatannya dia terjatuh di sisi katilnya. Anehnya mimpi dia kali ini. Keadaan pakaiannya nampak kotor seperti ada bekas-bekas tanah.








Comments
Post a Comment