Emmanuel Part 6
Seperti biasa Emmanuel bangun awal pada pagi itu dengan hati yang riang kerana dalam dua minggu lagi dia akan menamatkan pengajiannya di kolejnya. Belum difikirnya lagi ke mana arah tujuannya selepas itu.
Dalam memikirkan perkara itu, dia teringat semula mimpinya malam tadi. Dia terasa bukan mimpi tetapi mustahil juga kerana terdapat kotoran tanah dan pasir di pakaiannya ketika dia bangkit. Dia cuba mengingati semula mimpinya.
Setelah bersiap, dia ke dapur untuk bersarapan bersama kedua orang tuanya. " Selamat pagi ayah...ibu", sapanya. " Kenapa terburu-buru nampaknya kamu," tegur si ayah. " Saya nak bertemu dulu dengan kawan sebelum masuk kelas ayah," balasnya. " Rancang program lepas kuliah,"
Tanpa membuang masa, Emmanuel pun berangkat ke kolejnya.
Seperti yang dirancangnya, dia bertemu dengan Nick , Mat , Sophia dan Mirda. " Hai teman-teman. Selamat pagi," sapanya. " Bagaimana dengan plan engkau semua lepas pengajian ni?" Dia memulakan persoalan. Masing-masing memandang sesama sendiri, kehilangan idea agaknya.
"Aku terpaksa mengikut ayahku ke Eropah," kata Nick. " Tapi aku belum membuat keputusan mau ikut atau tak," sambungnya. " Aku belum ada rancangan apa-apa lagi," Mat pula mencelah. Kedengaran loceng berbunyi menandakan sudah cukup masa untuk masuk ke kelas masing-masing. " Ok nanti kita bincang semula ya," Emmanuel bersuara lalu mereka bersurai menuju kelas masing-masing.
Pada sebelah petang sambil bersantai di kerusi rehat, Emmanuel mengelamun memikirkan perancangan cutinya. Dalam pada itu dia tetap memikirkan kuda yang dilihatnya dalam mimpi. Kemudian dia bingkas bangun lalu menuju ke arah motosikal ayahnya. Di situ dia terperanjat melihat keadaannya yang kotor seperti telah digunakan seseorang. Dia memeriksa keadaan motor tersebut. Alangkah terperanjatnya dia melihat seperti ada bulu kuda berwarna keperangan di tempat duduknya. Dia mengamati bulu berkenaan dan cuba mengingati semula mimpinya. Bulu tersebut memang serupa dengan bulu kuda itu.
Secara spontan dia mengeluarkan batu kristalnya lalu cuba melihat bulu tersebut menerusinya. Memang tidak salah sangkaannya, motosikal itu berubah bentuk menjadi kuda! Bila dia mengalihkan kristal itu ke arah lain, motosikal itu dalam keadaan asalnya. Ini bermakna bila dia menunggang motosikal, pada masa yang sana dia juga menunggang kuda. Kini terjawab sudah kemusykilan. Dia terus duduk di atas motosikal itu lalu melihat pantulan dari kristal tersebut memang sahlah dia sedang duduk di atas seekor kuda.
Kemudian dia bingkas bangun lalu cuba melihat kereta ayahnya menerusi kristal tersebut tetapi ia kelihatan tidak berubah. Cuma motosikal itu sahaja yang kelihatan berubah menjadi kuda bila dilihat melalui kristal.
Lalu dia kembali ke tempat motosikal itu lalu membersihkannya. Dia membersihkan motosikal itu dengan cermat seperti mana membersihkan seekor kuda. Dalam pada itu, dia berhasrat untuk kembali ke tasik tempohari untuk meninjau semula pintu yang dilihatnya dulu.
Hari yang dinantinya pada hujung minggu telah tiba lalu dia berangkat setelah bersarapan. Sebelum bergerak, dia melihat keadaan motor melalui kristal ternyata kuda yang dilihatnya kelihatan gembira sambil menggesek-gesek kepalanya ke arah Emmanuel. Tanpa membuang masa Emmanuel lalu menunggangnya dan terus berangkat.
Di sudut dunia yang berbeza, Munna dan Jerome memerhati gelagatnya melalui kristal di kediaman mereka. Mereka berdua berasa senang kerana Emmanuel telah mengetahui rahsia kuda itu tanpa diberitahu. Mereka membiarkanya merungkai sendiri rahsia selanjutnya. Apakah Emmanuel berjaya menemui pintu tersebut? Ketahuilah kisah seterusnya di Part 7.




Comments
Post a Comment