Emmanuel Part 10
Di episod sebelumnya, Emmanuel ditentang oleh dua orang pahlawan yang gagah dan menyerangnya secara tiba-tiba...
Ikutilah kisah seterusnya.
Serangan daripada kedua pahlawan itu dengan mudah dipatah oleh Emmanuel menyebabkan keduanya semakin berang. Tanpa semena-mena salah seorang daripada mereka melompat lalu menangkap kaki Emmanuel dan seorang lagi cuba menendang tubuh Emmanuel. Sebelum tendangan itu mengenai tubuhnya, Emmanuel dengan mudahnya mengangkat kakinya yang dipegang oleh yang seorang lagi lalu tendangan pahlawan itu tertendang kawannya sendiri menyebabkan nya terpelanting. Sambil mengerang kesakitan dengan muka bengis kemerahan menahàn kemarahan dia memberi isyarat untuk berehat lalu berkata " hai anak muda, engkau sangat hebat. Lain kali kita bertarung lagi." Salah seorang pula berkata " ya anak muda, engkau punya kekuatan sangat luar biasa. Kami kagum dengan engkau."
Orang ramai di situ mula bertepuk tangan lalu melaungkan nama Yaohan. Di sebalik keriuhan itu, Jerome tersenyum kepuasan selepas melihat ketangkasan anak bujangnya itu. Tetapi Jerome masih mempunyai sesuatu untuk menguji kebolehan Emmanuel sebelum dia mengajarnya ilmu yang paling berkuasa yang tidak terbayang oleh Emmanuel nanti.
Tanpa membuang masa, Jerome lalu melangkah memasuki gelanggang. " Di sini rupanya engkau anakku" Jerome berpura-pura tidak mengetahui keberadaan Emmanuel. " Anakmu cukup hebat tuan," kata Salah seorang lelaki yang bertarung dengan Emmanuel. " Malah kedua-dua kami tidak dapat menewaskannya" tambahnya lagi. " Bukan begitu ayah. Mereka berdua cuma main-main sahaja" Emmanuel pula merendah dirinya sambil tersipu-sipu malu.
Jerome cuma tersenyum kerana dia melihat keseluruhan aksi pertarungan itu tadi. "Mari kita pulang anakku, banyak lagi perkara yang ingin ayah tunjukkan padamu," seraya dia melangkah meninggalkan tempat itu. Emmanuel menuruti langkah ayahnya.
"Persiapkan dirimu, esok kita akan berburu di suatu tempat yang asing bagimu."
Terbitnya suria pagi keesokan harinya, kelihatan keluarga bahagia itu kelihatan berada di meja dapur bersarapan pagi. " Bagaimana tidurmu anakku?" Jerome menjeling ke arah Emmanuel. Dengan wajah yang segar Emmanuel menjawab, " Cukup nyenyak ayah. Aku bermimpi diserang seekor beruang bertanduk seperti badak tetapi aku dapat mengalahkannya tetapi sebelum aku sempat membunuhnya ia telah melarikan diri." Sambil menyambung , " Seolah-olah benar mimpi itu kerana terasa badannya berpeluh dan kepenatan."
Ayahnya pula menyahutnya, " Ujian mu telah menguji dalam mimpi mu anakku. Berjaga-jagalah setiap waktu, jangan leka kerana musuhmu akan memerangkapmu jika kamu lalai walau seketika."
Emmanuel termenung seketika sambil memikirkan cabaran yang akan dihadapinya selepas ini.
Selesai bersarapan, Emmanuel Dan Jerome beredar dari situ lalu menuju ke ruang tamu lalu Jerome menyuruh Emmanuel melihat Batu kristal yang kelihatan berkelipan. Dengan segera Emmanuel meluru ke arah kristal tersebut dan tiba-tiba dia terlihat kelibat seorang gadis berlari dari sesuatu yang tidak begitu jelas mengejarnya. Emmanuel cuba mengamatinya tetapi tiba-tiba aksi kejar-mengejar itu beransur-ansur pudar lalu hilang.
"Apa yang kau lihat anakku?" Jerome bertanya. "Entahlah ayah. Kelihatan seorang gadis sedang dikejar sesuatu yang tak jelas di suatu tempat yang asing bagi ku. Aku pun tak begitu jelas dengan keadaan di situ cuma,........
Ikutilah sambungan kisah Emmanuel ataupun Yaohan pada episod seterusnya.
Jumpa lagi.




Comments
Post a Comment